Monday, 13 May 2013

7 Tip Mudah Diet Ketika Bercuti


Disertakan dibawah 7 tip mudah untuk anda lakukan ketika bercuti;
  1. 1.
    Minum Banyak Air. Ini adalah langkah mudah untuk anda lakukan. Sebelum anda mula menikmati hidangan, minumlah beberapa gelas air. Air boleh mengurangkan rasa lapar dan secara tidak langsung anda tidak akan terlebih ambil makanan. Perlu diingat bila perut kita kosong, kita akan bertindak untuk mengambil atau menikmati makanan secara berlebihan.
  2. 2.
    Makan Mengikut Masa. Jika pada kebiasaanya anda mengamalkan makan pada waktu tertentu, pastikan semasa percutian anda melakukan perkara yang sama. Anda mungkin hilang kawalan bila berada dalam keadaan lapar. Ambil buah-buahan sebelum menikmati hidangan juga adalah idea yang baik untuk diamalkan. Buah-buahan ini bukan sahaja mengurangkan rasa lapar malah membekalkan serat yang diperlukan.
  3. 3.
    Kurangkan Saiz Hidangan Anda. 
    Diet bukanlah bererti anda perlu berlapar. Tetapi jika anda mahu terus menjaga diet yang telah anda rancang sebelum ini, anda perlu bijak membuat pilihan. Sebagai contoh anda tahu hidangan istimewa yang bakal anda nikmati itu tidak baik untuk kesihatan anda, jadi kurangkan sedikit saiz hidangan tersebut. Mungkin separuh sudah memadai untuk anda.
  4. 4.
    Jadi Sedikit Cerewet. Anda perlu tahu bahawa tidak semua makanan yang dihidangkan adalah untuk anda habiskan. Pilihlah makanan yang enak dan istimewa. Mungkin juga anda boleh pilih hidangan yang belum pernah anda rasai. Perlu diingat bahawa anda tidak perlu habiskan atau nikmati kesemua hidangan. Buat pilihan yang bijak.
  5. 5.
    Pakai Baju Yang Agak Ketat. Agak pelik tip ini. Tetapi secara psikologinya baju yang sedikit ketat ini mampu membuat anda untuk tidak makan secara belebihan kerana anda perlu pastikan perut anda tidak kelihatan ‘buncit’ apabila terlebih isi. Apa yang penting disini ialah cari cara untuk alihkan tumpuan anda dari terlalu fikir soal kenakkan makanan yang ada.
  6. 6.
    Elakkan Air Berkabonat. Dengan mengelak dari minuman berkarbornat ini, anda mampu untuk mengurangkan kalori harian anda. Seperti yang anda sedia maklum, kandungan gula didalam minuman berkarbonat ini adalah sangat tinggi.
  7. 7.
    Kurangkan Pilihan. Cara yang mudah untuk anda kurangkan pilihan makanan ialah dengan membuat perancangan terhadap menu anda terlebih dahulu. Agihkan hidangan pilihan kepada waktu yang berbeza. Anda tidak perlu menikmati semuanya serentak.
Secara keseluruhannya percutian adalah sesuatu yang menyeronokkan. Anda boleh pertimbangkan tip-tip yang diberikan. Percutian anda akan lebih bermakna jika anda bijak mengatur perjalanan dan dalam pada masa yang sama masih dalam diet yang telah anda usahakan.

10 Tips Mudah Diet


10 Tips Mudah Berdiet




Anda rasa terlalu sukar untuk berdiet? Anda sering berhenti di tengah jalan dalam berdiet?
Berikut beberapa cara mudah untuk membantu anda rasa seronok semasa berdiet:

1. Jadikan penimbang berat sebagai rakan anda.

Jika anda mahu menurunkan berat badan, anggaplah penimbang berat itu sebagai kawan anda, bukannya musuh. Cuba timbang berat badan anda sekali di waktu pagi selepas anda mandi dan sebelum anda mengenakan pakaian. Dari situ anda akan dapat melihat bagaimana graf berat badan anda sepanjang minggu itu dan seterusnya membandingkan dengan minggu-minggu seterusnya.

2. Tuliskan target anda di tempat yang anda mudah lihat.

Letakkan target-target yang anda tulis di atas kertas dan letakkan di tempat-tempat yang anda sering nampak seperti di monitor komputer, peti sejuk, di dalam dompet, ataupun di cermin. Target itu tidaklah semestinya tentang berat badan, anda juga boleh menulis target lain seperti ‘minum air kosong secukupnya!’, ‘makan buah-buahan!’, atau ‘tidur 8 jam sehari!’. Kemudian, beritahu rakan-rakan anda tentang target anda itu supaya mereka boleh mengingatkan anda sekiranya anda terlupa.

3. Tulis setiap makanan yang anda makan setiap hari.

Jika anda menulis jurnal makanan yang anda ambil setiap hari, anda dapat monitor makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Bukan sahaja jenis makanan dan kuantiti, anda juga perlulah menulis berapa kalori makanan tersebut supaya anda tahu jumlah kalori yang anda ambil untuk hari tersebut mencukupi ataupun melebihi keperluan anda. Dengan cara ini, anda juga akan lebih berhati-hati dalam memilih makanan setiap hari.

4. Minum air kosong secukupnya.

Mereka yang minum air kosong secukupnya akan mengambil kalori lebih rendah berbanding mereka yang kurang minum air. Selain air kosong, anda juga disarankan minum air yang rendah kalori seperti teh, air limau, dan jus buah-buahan segar.

5. Ambil sarapan setiap hari.

Pengambilan sarapan dapat membantu anda meningkatkan metabolisme seterusnya membantu membakar kalori pada kadar optimum. Apa yang anda ambil semasa sarapan juga sangat penting. Pilihlah makanan yang mengandungi kadar gula yang rendah dan tenaga yang tinggi seperti oat.

6. Rancang snek anda seperti anda merancang pemakanan harian.

Ada orang yang betul-betul menjaga makanan yang mereka ambil semasa makan tengahari dan makan malam dan tidak menjaga kuantiti snek yang mereka ambil ketika mereka lapar. Oleh itu, anda disarankan merancang snek yang anda ingin ambil dan mengambil berat akan kuantiti dan kalori snek tersebut.

7. Makan malam dengan tenang.

Elakkan makan dengan cepat semasa anda makan. Kajian membuktikan mereka yang makan dengan perlahan dan tenang, cenderung untuk berasa kenyang dengan cepat. Oleh itu, kunyah makanan anda perlahan-lahan dan nikmati makanan yang anda makan itu dengan sebaiknya.

8. Jangan makan sambil membuat itu dan ini.

Jangan makan sambil menonton televisyen, di hadapan komputer, atau semasa membaca surat khabar. Anda akan terdorong untuk terus menyuap makanan tanpa anda sedar kuantiti makanan yang anda telah ambil. Sebaiknya anda makan di meja makan atau alihkan komputer anda ke tepi jika anda perlu makan di meja study anda.

9. Pilih pencuci mulut rendah kalori.

Apabila anda inginkan makanan yang manis, eloklah anda memilih pencuci mulut yang rendah kalori seperti dark chocolate atau yogurt rendah lemak. Selain itu, anda juga dicadangkan menyimpan stok ‘sugar-free’ chewing gum supaya anda boleh mengunyahnya apabila anda terasa lapar di tengah-tengah malam.

10. Lakukan sehari satu push-up.

Untuk mendapatkan badan yang kuat tidaklah bermaksud anda perlu menghabiskan masa anda di gim setiap hari. Mulakan dengan satu push up pada setiap hari dan jadikan ia sebagai rutin. Lama-kelamaan anda pasti akan dengan rela hati menambah bilangan push up dalam sehari seterusnya melakukan aktiviti-aktiviti lain setelah melihat perubahan pada badan anda.
Selamat mencuba! ;)

Dieat diaet dieat !!



Dah nak dekat 2 bulan 13 hari aku dieat

dulu berat aku 85 kg tapi sekarag aku dh 79.2kg, 

bln pertama berat aku trun 3kg, 

tapi bile bln ke-2 trun 2.8kg, bln ke-3 nie habis la, 

mintak-2 trun berat badan nie,

aku dh rasa nak down tengok berat aku,

xkan la berat aku kne trun 1kg 1 sebulan kot ?

penat macam nie, perubahn pada aku sikit je, 

org lain xda la macam aku nie, 

aku punya masalah teruk sangat la, sedih hati aku,

down , down , down , down 


Saturday, 11 May 2013

Happy Mother's Day

Hadiah apa nak bagi kat ummi aku nie ??

dah search macam2 hadiah xdapat-2 jumpa lagi,

sempana hari ibu saya ucapkan 

selamat hari ibu 

kepada my lovely mother Pn . Norihan Hassan 

thanks, sebap sanggup fara 

sayang ummi selalu 


Thursday, 9 May 2013

Marry me ??

Bila nak jadi kenyataan ?? 

ingin menunaikan tanggungjawab sebagai ummat nabi 

"lebih pada mengatal sebenarnya" 

hahahahahaha... 

sape2 yg sudi, jadikan diri ini yg Halal disisi Allah.



Kegilaan Bergambar

Kanak - kanak raibena yang muka sopan santun

Red & Gold 

so sweet memory !!

Kegilaan nak mengedit gambar

Macam mne aku nak downlod Photoshop  ? 

nak edit pic gne edit Photoshop baru gempak gambar...

kaki edit gambar, hahahah


Gwiyomi


Fenomena Gwiyoni 

Muka nak kne lempang ! hahahaha..